CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 26 Ogos 2009

sErBa seDikiT TentAnG nEgeRi kEdAh dAruL AmAn (^--^)



Negeri Kedah terletak di utara semenanjung Malaysia dan turut mendapat jolokan sebagai negeri Jelapang Padi..Negeri Kedah terbahagi kepada 12 daerah iaitu :
Kubang Pasu merupakan salah sebuah daerah yang terletak di bahagian utara negeri Kedah.. Keunikan daerah ini adalah kerana ia merupakan kawasan sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand serta sempadan antara negeri Perlis..
Daripada segi sejarahnya, Kubang Pasu telah diserah untuk diperintah oleh Tunku Anom Tunku Abdul Rahman yang telah berjaya membebaskan Kedah daripada penjajahan Siam..Tunku Anom telah diberikan kuasa untuk memerintah Negeri Kubang Pasu dan baginda seterusnya menamakannya sebagai 'Kubang Pasu Darul Qiyam' (Negeri yang berdiri tegak/tersendiri) dengan pusat pentadbiran pada ketika itu terletak di Kampung Pulau Pisang..
Bandar mahupun pekan di daerah ini ialah Kodiang, Padang Sera, Tunjang, Jitra, Bandar Darulaman, dan Kepala Batas..Bandar Jitra terletak kira-kira 35km dari sempadan Thailand..Oleh kerana lokasinya yang hampir dengan Thailand serta faktor sejarah, ramai dalam kalangan penduduk di bandar Jitra ini fasih berbahasa Siam malahan ada yang berketurunan Siam, terutamanya yang tinggal berdekatan dengan sempadan...

Isnin, 24 Ogos 2009

jOm bELaJaR LogHaT kEdAh (^--^)

PERKATAAN : ghonot
MAKSUD : tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
AYAT : Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan reput.

PERKATAAN : ghupin
MAKSUD : kulit kering dari luka
AYAT : Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..

PERKATAAN :kecek
MAKSUD : pujuk
AYAT : Awat hang nak duit ka? Nu, pi kecek pak hang...

PERKATAAN :meghelop
MAKSUD : hampir malam
AYAT : Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik lekaihh..

PERKATAAN : taboh
MAKSUD : pukul / belasah
AYAT : Dengaq kata hang kena taboh dengan awang kemaghen?

PERKATAAN : ghelah
MAKSUD : terkoyak
AYAT : Alamak! Ghelah baju aku kalau budak tembun tu pakai..

PERKATAAN : mod
MAKSUD : bawak pembonceng/ penumpang
AYAT : Leman dok mod Bedah pi mana tuu...!? Sakan depa noo...

PERKATAAN : Cemuih
MAKSUD : bosan
AYAT : Aku cemuih nak dengaq kak aku duk beletiaq..

PERKATAAN : Menyoqhok
MAKSUD : sarapan pagi
AYAT : pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak kat kedai mamak tu sebab depa tak menyoqhok lagi..

PERKATAAN : Baloq liat
MAKSUD : malas
AYAT : eee tengok budak Awang tu, dah la tidoq melingkaq, baloq liat pulak tu..

PERKATAAN: semawa
MAKSUD : jemput
AYAT : hang makan tak semawa depa sama noh....

PERKATAAN: Tekoh-tekoh
MAKSUD : kadang-kadang
AYAT : tekoh-tekoh ja depa mai sini pon bukannya selalu....

PERKATAAN: kapok
MAKSUD : peluk / memeluk
AYAT : ishhh sat gi ceq kapok hang kut baru hang tau..

PERKATAAN : Penyegan
MAKSUD : Pemalas
AYAT : Awat hang ni penyegan sangat aih????

PERKATAAN : mandom
MAKSUD : lembab/slow
AYAT : Awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?

(dipetik n diubahsuai dari kamus bahasa kedah)

hmm unik kan loghat kedah?hehehe (^--^)
selamat beramal..
jangan malu jangan segan..

Jumaat, 21 Ogos 2009

kAwan, sAhabAt, sAinG, membEr, gEng dAn yG sEanGkAtan dEngAnnYa (^--^)


...dan ketika sahabat menjadi seteru..ketika sahabat meninggalkan kita..ketika sahabat semakin menjauh..sedarlah itu merupakan suatu proses menuju kematangan....(dipetik n diubahsuai drp (sgalanya ttg chenta)


gmbr ni ktorg mbik smsa bt kajian lapangan di kg landap (kg org asli) utk subjek 3K bgi kls en.sam..(^--^)
smmgnya stu pglaman yg menarik apbla ptama kali mjejakkan kaki di kg org asli ini (kg landap,sg siput,perak)..di sini dpt dilihat keindahan kg org asli tersebut yg terletak di kaki bukit..suasananya begitu nyaman dan mendamaikan jiwa..kedatangan kami di kg landap ini btujuan utk mgkaji adat mahupun budaya perkahwinan bagi masyarakat org asli bagi suku kaum Temia di kg berkenaan..kedatangan kami disambut dgn baik oleh masyarakat org asli di situ..tertanya pemikiran mereka tidak lagi kolot dan terbuka serta bersedia menerima pengaruh daripada luar terutamanya pengaruh daripada budaya masyarakat melayu dalam perkahwinan mereka..tidak banyak perbezaan bgi perkahwinan org asli dgn msyrakat melayu sekarang..mereka juga turut berinai dan bersanding..walaubagaimanapun mereka masih berpegang teguh dengan kepercayaan mereka bahawa pasangan yg baru berkahwin tidak dibenarkan keluar drp rumah selama 3 hari kerana dikhuatiri diganggu hantu dan syaitan serta akan mengundang kecelakaan..menariknya mengenai perkahwinan org asli ini ialah mereka tidak menetapkan hantaran yg tinggi sebaliknya cukuplah sekadar yg termampu..mereka x mementingkan wang ringgit sebaliknya perasaan cinta serta kasih sayang yg teguh antara satu sama lain akan menjamin kebahagiaan rumah tangga mereka...(^--^)

Isnin, 17 Ogos 2009

SIKAP LELAKI BUAT WANITA BOSAN..argghhh wuueekkkkk..

Kalau lelaki bangga yg dyorang seolah-olah mempunyai banyak pilihan, wanita juga mempunyai cita rasa mereka sendiri. Hmm ada banyak sikap lelaki yang membuatkan wanita rasa bosan dan jelik..(cemuih tahap2 jebon~wuueekkk)..
yang pertamanya lelaki yg perasan..dalam erti kata yang lain lelaki yang perasan ensem, kacak, macho n yg seangkatan dgnnya..(ee nyampah btol..)namun begitu x dinafikan ada wanita yg sanggup btahan hanya kerana nakkan harta karun lelaki tersebut..(^--^)hohooooo~~(ky langsung x tersenarai dlm perempuan yg mcm tu)~~
yang keduanya lelaki yg ego..keras kepala..ini memang sikap yang telah tersedia wujud dalam diri lelaki di muka bumi yang fana ini..bagi dyorang pantang sekali perempuan tegur kesalahan yg dyorang lakukan..maksudnya kat sini dyorang merasakan perempuan x layak untuk menegur apa saja yg dyorang buat..tapi dyorang boleh pulak tegur or komplen apa-apa saja yg dyorang rasa x kena pasal perempuan..(lelaki la pengkritik yg paling dahsyat kat dalam dunia ni..(^--^) pedas, panas n menikam kalbu..ha betul..
yg ketiganya lelaki yg sering bercakap kasar n sikit2 melenting x tentu pasal..ditegur sikit je tapi melentingnya mak aiii kuat daripada guruh yg berdentum kat langit tu ha..(ishhhh3x..)memang ada lelaki yg sering menggunakan bahasa kasar ketika berbual dgn perempuan..bagi dyorang, tu sikap yg biasa je tapi bagi perempuan yg lebih sensitif, dyorang kompom akan makan hearty dgn sikap lelaki yg macam ni..(hmm kesiannya kat perempuan kan..)
dan yg keempatnya lelaki yg mementingkan diri sendiri..ye betul memang ada lelaki yg perangai macam ni..sumpah x tipu..ada lelaki bila berselisih faham dengan perempuan, dyorang ingat dyorang ada kuasa veto untuk buat keputusan..kunun2 belagak macam raja la..padahal dyorang selalunya pandang remeh je kalau satu2 masalah tu terjadi..tapi x sume lelaki macam ni kan..(ye kew????????????)..
yg kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan n yg keseterusnya xpayahla disensasikan kat dalam ni sebab x sume lelaki yg ada perangai buruk n musyuk mcm yg disebutkan kat atas kan.......(tapi spa2 yg ada byk maklumat pasal lelaki yg menjengkelkan bolehla berkongsi kat sini supaya perempuan akan lebih berhati-hati dengan lelaki)......
~~untuk menjaga sesuatu perhubungan tu lelaki sepatutnya bertanggungjawab, bertimbang rasa, penyayang, n prihatin terhadap pasangannya..seorang lelaki yg bertanggungjawab sangat2la disukai oleh perempuan kerana dyorang merasakan selamat berada di sisi lelaki berkenaan~~

Sabtu, 15 Ogos 2009

SUATU RENUNGAN..

Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin dan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita!!! Bukan cuma segolongan manusia mahupun sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita sebenarnya mempunyai misi.
Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan yang terjadi.
Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia. Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya
...

CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Sekiranya tiada lagi cinta, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri kita mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi. Orang yang tiada perasaan CINTA adalah manusia yang hilang motivasi dalam dirinya. CINTA seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutamanya dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. CINTA murni sentiasa membantu diri kita melepasi semua halangan demi kecemerlangan. CINTA boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang baik demi masa depan.