CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 15 Ogos 2009

CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Sekiranya tiada lagi cinta, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri kita mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi. Orang yang tiada perasaan CINTA adalah manusia yang hilang motivasi dalam dirinya. CINTA seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutamanya dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. CINTA murni sentiasa membantu diri kita melepasi semua halangan demi kecemerlangan. CINTA boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang baik demi masa depan.

0 ulasan: