CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 26 Ogos 2009

sErBa seDikiT TentAnG nEgeRi kEdAh dAruL AmAn (^--^)



Negeri Kedah terletak di utara semenanjung Malaysia dan turut mendapat jolokan sebagai negeri Jelapang Padi..Negeri Kedah terbahagi kepada 12 daerah iaitu :
Kubang Pasu merupakan salah sebuah daerah yang terletak di bahagian utara negeri Kedah.. Keunikan daerah ini adalah kerana ia merupakan kawasan sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand serta sempadan antara negeri Perlis..
Daripada segi sejarahnya, Kubang Pasu telah diserah untuk diperintah oleh Tunku Anom Tunku Abdul Rahman yang telah berjaya membebaskan Kedah daripada penjajahan Siam..Tunku Anom telah diberikan kuasa untuk memerintah Negeri Kubang Pasu dan baginda seterusnya menamakannya sebagai 'Kubang Pasu Darul Qiyam' (Negeri yang berdiri tegak/tersendiri) dengan pusat pentadbiran pada ketika itu terletak di Kampung Pulau Pisang..
Bandar mahupun pekan di daerah ini ialah Kodiang, Padang Sera, Tunjang, Jitra, Bandar Darulaman, dan Kepala Batas..Bandar Jitra terletak kira-kira 35km dari sempadan Thailand..Oleh kerana lokasinya yang hampir dengan Thailand serta faktor sejarah, ramai dalam kalangan penduduk di bandar Jitra ini fasih berbahasa Siam malahan ada yang berketurunan Siam, terutamanya yang tinggal berdekatan dengan sempadan...

0 ulasan: