CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 24 Ogos 2009

jOm bELaJaR LogHaT kEdAh (^--^)

PERKATAAN : ghonot
MAKSUD : tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
AYAT : Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan reput.

PERKATAAN : ghupin
MAKSUD : kulit kering dari luka
AYAT : Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..

PERKATAAN :kecek
MAKSUD : pujuk
AYAT : Awat hang nak duit ka? Nu, pi kecek pak hang...

PERKATAAN :meghelop
MAKSUD : hampir malam
AYAT : Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik lekaihh..

PERKATAAN : taboh
MAKSUD : pukul / belasah
AYAT : Dengaq kata hang kena taboh dengan awang kemaghen?

PERKATAAN : ghelah
MAKSUD : terkoyak
AYAT : Alamak! Ghelah baju aku kalau budak tembun tu pakai..

PERKATAAN : mod
MAKSUD : bawak pembonceng/ penumpang
AYAT : Leman dok mod Bedah pi mana tuu...!? Sakan depa noo...

PERKATAAN : Cemuih
MAKSUD : bosan
AYAT : Aku cemuih nak dengaq kak aku duk beletiaq..

PERKATAAN : Menyoqhok
MAKSUD : sarapan pagi
AYAT : pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak kat kedai mamak tu sebab depa tak menyoqhok lagi..

PERKATAAN : Baloq liat
MAKSUD : malas
AYAT : eee tengok budak Awang tu, dah la tidoq melingkaq, baloq liat pulak tu..

PERKATAAN: semawa
MAKSUD : jemput
AYAT : hang makan tak semawa depa sama noh....

PERKATAAN: Tekoh-tekoh
MAKSUD : kadang-kadang
AYAT : tekoh-tekoh ja depa mai sini pon bukannya selalu....

PERKATAAN: kapok
MAKSUD : peluk / memeluk
AYAT : ishhh sat gi ceq kapok hang kut baru hang tau..

PERKATAAN : Penyegan
MAKSUD : Pemalas
AYAT : Awat hang ni penyegan sangat aih????

PERKATAAN : mandom
MAKSUD : lembab/slow
AYAT : Awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?

(dipetik n diubahsuai dari kamus bahasa kedah)

hmm unik kan loghat kedah?hehehe (^--^)
selamat beramal..
jangan malu jangan segan..

2 ulasan:

Unknown berkata...

Kau tak puas hati sini ha jangan sampai kaki aku kat kau nanti

Unknown berkata...

Saya buat kerja sekolah salah, makan salah, tidur salah,masak salah, main handfon salah, tengok tv salah semua salah abis nak suruh saya buat apa lagi....