- Kaduk kena baja -
maksudnya : Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya
- Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya -
maksudnya : Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya
- Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang -
maksudnya : Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan
- Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa -
maksudnya : Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda
- Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah -
maksudnya : Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar berputih tulang, jangan berputih mata).
- Macam anak dara tak datang tunangnya -
maksudnya : Selalu membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat.
- Panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau -
maksudnya : Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit.
- Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat -
maksudnya : Orang yang sabar akan berhasil usahanya.
- Sakit pandan tidak tahukan duri, sakitnya badan tidak tahukan diri -
maksudnya : Orang yang tidak tahu akan dirinya sendiri.
- Tak ada kubangan yang tak ada kodok -
maksudnya : Tidak ada negeri yang tidak ada perempuan jahat
Rabu, 9 September 2009
Peribahasa Melayu (^--^)
Selasa, 8 September 2009
(MITOS) Cerita Beras Terbakar Langkawi
Mengikut cerita orang tua-tua, pemerintahan Pulau Langkawi sejak 200 tahun dahulu sehingga kurun ke sembilan belas bertempat di Kampong Raja tersebut. Ini boleh dibuktikan apabila terdapat seorang daripada Pegawai Daerah, Pulau Langkawi, yang telah meninggal dunia 80 tahun dahulu telah dikuburkan di kampung ini dan kubur itu ada sampai sekarang.
Selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, pemerintah yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau Langkawi telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam.
Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.
Sebelum pertempuran tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas dan kalah, dan dengan itu, beliau memberikan arahan kepada rakyat jelata supaya menanam beras agar tidak terlepas ke tangan musuh.
Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, ketewasan Datuk Kerma Jaya yang mempertahankan Pulau Langkawi adalah kerana sumpahan daripada Mahsuri. Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar. Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar untuk mengubati demam panas dan kepialu.
Isnin, 7 September 2009
KOMSAS
Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat dicapai melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hal ini, pada 22 Jun 1999 Menteri Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa semua pelajar sekolah menengah aliran Sastera, Sains, Teknik, Vokasional, dan Agama diwajibkan mempelajari Kesusasteraan Melayu dan Kesusasteraan Inggeris. Bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah rendah dan atas mempelajari kesusasteraan, maka penggunaan karya sastera diwajibkan sebagai komponen dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu (Komsas) dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula pada Mac 2000 untuk tingkatan satu dan tingkatan empat. Kemudian, pada tahun 2001 Komsas diperluas ke tingkatan dua dan tingkatan lima . Pengajaran Komsas dilaksanakan sepenuhnya daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima pada tahun 2003 dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sulung mengambil peperiksaan dengan kurikulum baru ini pada tahun 2001, manakala calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2002.
Sebelum Komsas dilaksanakan, pelajar sudah didedahkan dengan unsur atau bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Namun, keberkesanannya dalam aspek penghayatan nilai tidak membanggakan. Hal ini demikian kerana pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada aspek input bahasa semata-semata. Aspek nilai estetik, keindahan bahasa, dan sosio budaya yang tergarap dalam karya yang digunakan itu tidak diberikan tumpuan. Sebaliknya, melalui Komsas, aspek-aspek tersebut diberikan penekanan di samping untuk meningkatkan keupayaan pelajar berbahasa.
Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua aspek ini lahir daripada sosio budaya masyarakatnya. Tumpuan kepada pembelajaran bahasa semata-mata tidak memadai kerana pelajar mungkin dapat menguasai bahasa dengan baik dari aspek tatabahasanya, tetapi dalam aspek keindahan bahasa, diksi, daya intelek, daya kreatif dan seumpamanya dapat dikuasai melalui ilmu sastera. Atas dasar itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tidak memisahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera. Hal ini harus disedari bukan sahaja oleh guru, tetapi juga oleh pelajar bagi mengikis sikap penguasaan ilmu bahasa dan sastera hanya untuk peperiksaan. Tetapi sebaliknya, penguasan ilmu bahasa dan sastera untuk membina dan meningkatkan jati diri pelajar. Hal ini jelas tergambar dalam matlamat pengajaran Komsas.
Pelajar harus menyedari matlamat pembelajaran Komsas bagi memudahkan mereka mengatur strategi pembelajaran. Belajar tanpa matlamat seumpama kita belayar di lautan yang luas tanpa hala tuju. Akhirnya akan timbul tanggapan yang negatif terhadap Komsas. Ada yang mengatakan bahawa Komsas sukar dipelajari dan Komsas membebankan. Maka wujudlah rasa kurang berminat untuk membaca teks Komsas. Tanggapan yang negatif ini dapat dihapuskan jika pelajar memahami matlamat yang digariskan tadi.
(dipetik dan diubahsuai daripada portal pendidikan utusan)
Rabu, 26 Ogos 2009
sErBa seDikiT TentAnG nEgeRi kEdAh dAruL AmAn (^--^)
4) Kota Setar
5) Kuala Muda
6) Kubang Pasu
7) Kulim
8) Langkawi
9) Padang Terap
10) Pendang
11) Sik
12) Yan
Daripada segi sejarahnya, Kubang Pasu telah diserah untuk diperintah oleh Tunku Anom Tunku Abdul Rahman yang telah berjaya membebaskan Kedah daripada penjajahan Siam..Tunku Anom telah diberikan kuasa untuk memerintah Negeri Kubang Pasu dan baginda seterusnya menamakannya sebagai 'Kubang Pasu Darul Qiyam' (Negeri yang berdiri tegak/tersendiri) dengan pusat pentadbiran pada ketika itu terletak di Kampung Pulau Pisang..
Bandar mahupun pekan di daerah ini ialah Kodiang, Padang Sera, Tunjang, Jitra, Bandar Darulaman, dan Kepala Batas..Bandar Jitra terletak kira-kira 35km dari sempadan Thailand..Oleh kerana lokasinya yang hampir dengan Thailand serta faktor sejarah, ramai dalam kalangan penduduk di bandar Jitra ini fasih berbahasa Siam malahan ada yang berketurunan Siam, terutamanya yang tinggal berdekatan dengan sempadan...
Isnin, 24 Ogos 2009
jOm bELaJaR LogHaT kEdAh (^--^)
PERKATAAN : ghonot
MAKSUD : tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
AYAT : Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan reput.
PERKATAAN : ghupin
MAKSUD : kulit kering dari luka
AYAT : Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..
PERKATAAN :kecek
MAKSUD : pujuk
AYAT : Awat hang nak duit ka? Nu, pi kecek pak hang...
PERKATAAN :meghelop
MAKSUD : hampir malam
AYAT : Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik lekaihh..
PERKATAAN : taboh
MAKSUD : pukul / belasah
AYAT : Dengaq kata hang kena taboh dengan awang kemaghen?
PERKATAAN : ghelah
MAKSUD : terkoyak
AYAT : Alamak! Ghelah baju aku kalau budak tembun tu pakai..
PERKATAAN : mod
MAKSUD : bawak pembonceng/ penumpang
AYAT : Leman dok mod Bedah pi mana tuu...!? Sakan depa noo...
PERKATAAN : Cemuih
MAKSUD : bosan
AYAT : Aku cemuih nak dengaq kak aku duk beletiaq..
PERKATAAN : Menyoqhok
MAKSUD : sarapan pagi
AYAT : pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak kat kedai mamak tu sebab depa tak menyoqhok lagi..
PERKATAAN : Baloq liat
MAKSUD : malas
AYAT : eee tengok budak Awang tu, dah la tidoq melingkaq, baloq liat pulak tu..
PERKATAAN: semawa
MAKSUD : jemput
AYAT : hang makan tak semawa depa sama noh....
PERKATAAN: Tekoh-tekoh
MAKSUD : kadang-kadang
AYAT : tekoh-tekoh ja depa mai sini pon bukannya selalu....
PERKATAAN: kapok
MAKSUD : peluk / memeluk
AYAT : ishhh sat gi ceq kapok hang kut baru hang tau..
PERKATAAN : Penyegan
MAKSUD : Pemalas
AYAT : Awat hang ni penyegan sangat aih????
PERKATAAN : mandom
MAKSUD : lembab/slow
AYAT : Awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?
(dipetik n diubahsuai dari kamus bahasa kedah)
hmm unik kan loghat kedah?hehehe (^--^)
selamat beramal..
jangan malu jangan segan..
Jumaat, 21 Ogos 2009
kAwan, sAhabAt, sAinG, membEr, gEng dAn yG sEanGkAtan dEngAnnYa (^--^)
Isnin, 17 Ogos 2009
SIKAP LELAKI BUAT WANITA BOSAN..argghhh wuueekkkkk..
Kalau lelaki bangga yg dyorang seolah-olah mempunyai banyak pilihan, wanita juga mempunyai cita rasa mereka sendiri. Hmm ada banyak sikap lelaki yang membuatkan wanita rasa bosan dan jelik..(cemuih tahap2 jebon~wuueekkk)..
yang pertamanya lelaki yg perasan..dalam erti kata yang lain lelaki yang perasan ensem, kacak, macho n yg seangkatan dgnnya..(ee nyampah btol..)namun begitu x dinafikan ada wanita yg sanggup btahan hanya kerana nakkan harta karun lelaki tersebut..(^--^)hohooooo~~(ky langsung x tersenarai dlm perempuan yg mcm tu)~~
yang keduanya lelaki yg ego..keras kepala..ini memang sikap yang telah tersedia wujud dalam diri lelaki di muka bumi yang fana ini..bagi dyorang pantang sekali perempuan tegur kesalahan yg dyorang lakukan..maksudnya kat sini dyorang merasakan perempuan x layak untuk menegur apa saja yg dyorang buat..tapi dyorang boleh pulak tegur or komplen apa-apa saja yg dyorang rasa x kena pasal perempuan..(lelaki la pengkritik yg paling dahsyat kat dalam dunia ni..(^--^) pedas, panas n menikam kalbu..ha betul..
yg ketiganya lelaki yg sering bercakap kasar n sikit2 melenting x tentu pasal..ditegur sikit je tapi melentingnya mak aiii kuat daripada guruh yg berdentum kat langit tu ha..(ishhhh3x..)memang ada lelaki yg sering menggunakan bahasa kasar ketika berbual dgn perempuan..bagi dyorang, tu sikap yg biasa je tapi bagi perempuan yg lebih sensitif, dyorang kompom akan makan hearty dgn sikap lelaki yg macam ni..(hmm kesiannya kat perempuan kan..)
dan yg keempatnya lelaki yg mementingkan diri sendiri..ye betul memang ada lelaki yg perangai macam ni..sumpah x tipu..ada lelaki bila berselisih faham dengan perempuan, dyorang ingat dyorang ada kuasa veto untuk buat keputusan..kunun2 belagak macam raja la..padahal dyorang selalunya pandang remeh je kalau satu2 masalah tu terjadi..tapi x sume lelaki macam ni kan..(ye kew????????????)..
yg kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan n yg keseterusnya xpayahla disensasikan kat dalam ni sebab x sume lelaki yg ada perangai buruk n musyuk mcm yg disebutkan kat atas kan.......(tapi spa2 yg ada byk maklumat pasal lelaki yg menjengkelkan bolehla berkongsi kat sini supaya perempuan akan lebih berhati-hati dengan lelaki)......
~~untuk menjaga sesuatu perhubungan tu lelaki sepatutnya bertanggungjawab, bertimbang rasa, penyayang, n prihatin terhadap pasangannya..seorang lelaki yg bertanggungjawab sangat2la disukai oleh perempuan kerana dyorang merasakan selamat berada di sisi lelaki berkenaan~~
Sabtu, 15 Ogos 2009
SUATU RENUNGAN..
Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan yang terjadi.
Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia. Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya...